Apr 27, 2011

Dr Oz & Henset














Hari tu dalam program Oprah, Dr Oz ada bgtau pasal hp dan kesan pada badan kita..
Aku tertarik topik ni sbb  lebih 8jam hp ngan aku...
Tido pun selalu dekat ngan aku, sbb nya alarm...Krrinnnnggg!

Apa yg Dr Oz bgtau..
Bila kita guna hp dalam keadaan tgh charge, ia akan mengwujudkan medan elektromagnet/gelombang dan mengganggu sistem dalam badan kita, terutama di bahagian otak...
Dan bila kita bergayut terlalu lame, pastikan jangan guna telefon sehingga panas..selang seli kan penggunaan telefon di telinga kanan dan telinga kiri...
Masa nak tdo, pastikan hp jauh dari kita...

haaa..
Kesimpulan; gune chat je laa nak borak ngan bf/gf..tak yah msg2,calling2...
Hahaha!

Apr 25, 2011

Tips Kurus

Langkah 3 :

Makan ke tak Makan?
Jawapan : Anda perlu makan!
Makan dengan kuantiti yg betul..
Nasi sesenduk, lebih kan sayur..
TAKNAK pada makanan bergoreng dan berlemak..


Tapi pastikan berhenti makan sebelum kenyang..
Pegang prinsip ini..
Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan..

Kenapa perlu makan?
Ia membantu kita menambah kadar metabolisme dalam badan..
Dengan metabolisme yg tinggi, ia akan membantu pembakaran lemak dengan cepat..

Seimbang kan diet anda dengan senaman..!


MAKE OVER =)













Hahaha!
Sila perhatikan sebelum n selepas di makeover..
Sape2 yang berminat utk menggunakan khidmat makeup artist utk upacara pertunangan, kahwin , pre wedding photoshoot, dinner dan macam2 lagi dengan harga yg berpatutan..
Just let me know, nanti aku bg contact no makeup artist tu ye.. =)

=)

Apr 22, 2011

Remy Ishak



















Mohammad Zalimei Bin Ishak atau lebih dikenali sebagai Remy Ishak merupakan seorang pelakon di Malaysia. Remy dilahirkan pada 11 April 1982 di Negeri Sembilan mula diperkenalkan ke industri perfileman Malaysia oleh sutradara indie Osman Ali pada tahun 2006. Beliau meraih kemasyhuran menerusi drama fenomena Nur Kasih arahan Kabir Bhatia yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2009. Kini beliau dijolok dengan panggilan Hero Baru Malaya

Latar belakang hidup 
Sebelum bertemu Osman Ali, Remy hanyalah seorang pemuda kampung yang tidak pernah mengimpi akan kerjaya sebagai pelakon terkenal. Sebelum menjadi pelakon, Remy pernah bekerja di pasar pagi dengan menjual ikan dan ayam untuk membayar duit yuran persekolahan, menoreh getah, jadi kelindan lori, buruh kasar termasuklah membuat kerja landskap di tepi jalan dengan menanam pokok dan membina jambatan.
Sebagai anak sulung daripada sebuah keluarga yang berpecah, Remy nekad untuk berusaha membantu keluarga terutama adik-adiknya yang masih bersekolah. Ketika berusia 18 tahun Remy menjudikan nasib untuk datang ke Kuala Lumpur mencuba nasib mencari kerja. Beliau pernah tidur di masjid untuk berteduh dari panas dan hujan. Dengan bantuan seorang kawan, dia dapat kerja di Hotel Mandarin Oriental." Apabila berhijrah ke Kuala Lumpur sembilan tahun lalu, saya bekerja sebagai pengemas bilik hotel, tetapi diberhentikan kerana kemelesetan ekonomi. Saya kemudian bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab malam selama dua tahun. Sepanjang tempoh itu hati saya tidak tenteram, saya nekad berhenti dan bekerja sebagai pelayan di sebuah kafe di KLCC. Selepas itu saya dapat peluang bekerja sebagai pelayan di hotel lima bintang. Selepas beberapa tahun, pendapatan saya bertambah apabila diberi kepercayaan menjaga tetamu VIP," katanya dalam temubual pertamanya bersama media yang disiarkan pada 16 September 2007.

Wowww..
Tetbe hapdate cite pasal abe Remy..
Ape kess..?
Hahaha!

Apr 21, 2011

Tips KURUS

Langkah 2:

Jangan tinggalkan brekpes anda!

Bila kita tinggalkan brekpes, kita akan makan banyak pada makan tengahari..
Maka lagi byk kalori yg korg dapaat..
Pastikan menu brekpes anda bersesuaian..
Jangan terlebih lebih lebih plak..
Nanti mengantokss..
Pastu wat status kat feshbuk "Lemau", "Monday Blues", "Mengantok"..
Hahaha














*Tetbe terngiang ngiang big brekpes di ingatan...auwwwwm!
Daripada Abi Umamah, daripada Nabi SAW bahawasanya Baginda bersabda: Apa yang memberi manfaat kepada seorang mukmin selepas taqwa kepada Allah adalah kebaikan yang diperolehi daripada isteri solehah.. Jika suami menyuruhnya dia mentaatinya.. Jika suami melihat kepadanya dia menggembirakannya.. Jika suami meminta untuk bersama dia mematuhinya.. Jika suami tiada dia menjaga maruah dirinya dan menjaga harta suaminya..


Sebelum nak jadi isteri solehah, train dulu jadi anak yg solehah..
Konsep nya sama je..
Sebelum kahwin, syurga dibawah telapak kaki ibu..
Dah kawin, syurga dibawah telapak kaki suami..

Kaaan?

Apr 18, 2011

Perlu rasa bangga?

"Aku da sound da budak tu..terdiam die.." si Bedah (bukan nama sebenar) bercerita dengan bangganya kepada rakan yg lain..
Bangga dpt sound 'budak' tu?

Sila rujuk hadith ni ;

Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab :
“Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW :
“Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor”
(Riwayat Bukhari)

Kita selalu lupa kan.. (termasuk aku)
Dan mungkin kite kurang ilmu..
Asik sibuk bace gosssiip je..
huk huk huk!

Yang ni saje nak share ngan korg.. =)


Tips KURUS

Langkah 1:

Penat n stress kurus untuk cantik, utk orang lain..
Jadi, jom tukar persepsi tujuan diet kita ;
"Saya mahu kurus untuk sihat!"
Ia lebih efektif n korg akan enjoy sepanjang mengamalkan diet korg!  =)



Selamat mencuba!

*Next langkah, next entry wokey.. =)

Apr 14, 2011

Paham2 je cik Dia ni..hehe

Treet..Treet..Treeet..
oh, bunyi msg kedengaran..

cik Dia :
Eh, awak da kemas umah ke? Mak awak dah nak balik dah..

Aku :
Dah..Lagipun umah tak bersepah sangat pun..

cik Dia :
Yeke? Kemas awak ngan kemas Mak awak lain..Elok g kemas betol2...

Aku (Erkkk..Sabo je la cik Dia nih..)

Abe Remy..Auuwmm!

Haaammboii..!
Gatai menghelaaa..tak menahan!























Sabtu ari tu tengok wayang, cite CUN..
Ramai yg kate best..
Aku pun nak tau gak ape yg best nye..

Bile tengok..
Aww..abe Remy..terjatuh hati plak..
Hahaha!
Dan aku suke tengok Remy n Maya..dorang sgt sweet..!
Harap2 dorg menjadi!
And nampak sgt sepanjang dalam filem tu Maya mcm hepi sgt dengan Remy..
Mata die bersinar - sinar pandang Remy..
Ececececeh..aku ni memandai je..

Kesimpulan nya..
Cite ni boleh dikategorikan best..
Sila langgan cite ni di astro First!
Erk..tetbe!

Moh layan lagu ni..
Comey je due2 ni .... =)


Hamba Seks














Lee Sun Duk merupakan orang pertama yang membuat pengakuan terbuka mengenai salahlaku askar Jepun terhadap gadis -gadis Korea, dimana mereka di jadikan hamba seks semasa jajahan Jepun di Korea. Pengakuan itu dibuat agar kerajaan Jepun memberi pampasan dan minta maaf secara terbuka kepada mangsa2 yang masih hidup. Tapi malang nya kerajaan Jepun tidak mengakui kesalahan tersebut. Bagi mereka kegiatan itu tidak terdapat dalam buku sejarah mereka. Huh..

Sumber adalah dari channel History, aku tak bape ingat tajuk dokumentari ni..Kiranya History merungkai segala rahsia disebalik sejarah ni. Ada temubual dengan bekas2 askar Jepun, dimana dorg sendiri menceritakan memang wujud kegiataan hamba seks pada ketika itu. Dan dorg sendiri menyesal dengan apa dorg penah lakukan, dan berharap kerajaan Jepun minta maaf secara terbuka dan memberi pampasan kepada mangsa2.

Menurut bekas askar Jepun tersebut, kegiataan memperkosa gadis sangat meluas di Korea, sehingga wujud satu virus akibat seks rambang. Oleh itu, orang atasan Jepun mengarahkan supaya menubuhkan satu pusat khidmat pelacuran di kem. Setiap perkhidmatan akan dikenakan caj. Tapi duit2 tu Jepun yang kaut, bukan utk hamba2 seks tu. Kesemua bekas askar Jepun yg ditemubual tu penah datang ke pusat tu untuk mendapatkan perkhimatan seks, rata - rata penah  pergi dalam 2-10 kali..(ntah-ntah lebih..) Dorg kata, selain perang, hiburan diorang adalah pergi ke pusat itu.


Menurut mangsa hamba seks pulak, keluarga diberi notis oleh Jepun bahawa memerlukan anak2 perempuan utk dijadikan askar atau pekerja buruh. Tapi tak sangka tujuan utama anak2 gadis dikumpulkan utk dijadikan hamba seks. Menurutnya lagi, sehari die terpaksa layan 10-20 askar..ada seorang tu terpaksa layan 50 ORANG ASKAR JEPUN SEHARI..(Haiyooo..mati! Tak dapat bayangkan!) Setiap minggu diaorang akan diperiksa oleh Doktor utk memastikan dorang tak dijangkiti oleh sebarang penyakit kelamin. Siapa yang ada jangkitan, org itu akan di berhentikan kerja.




































*Tapi yg ni macam ngan org Amerika je..erk!


Masa letusan nuklear di Hiroshima, askar Jepun undur..dan mangsa2 dibenarkan pulang ke kampung. Bayangkan mangsa2 tak cerita apa2 pun pasal kejadian hamba seks kat famili dorg. Dorang trauma sangat. Sehingga kan dengan suami sendiri pun, dorg tak cerita..Hurmm..sedih! Sehingga la Lee Sun Duk membuat pengakuan terbuka, baru la ramai yang tampil untuk bersuara.
















Pada tahun... (aku tak pasti..tapi lepas jepun kalah..) Jepun dan Korea menandatangani perjanjian untuk berdamai..dan macam mane Jepun boleh lepas pasal kegiatan hamba seks ni, aku kurang pasti.

Sehingga kini, Jepun masih belum buat apa yg dinginkan oleh mangsa. Kalo korang tengok sendiri dokumentari ni, korang mesti nangis (ke aku yg kuat cenggeng..?) Di mata dorang penuh dengan penderitaan, dendam, dan kebenciaan tehadap askar Jepun...

Eh, aku menceritakan balik ape yg aku tengok Histrory. Sekadar utk berkongsi. Maaf sekiranya terdapat tersalah maklumat ke ape ke..Kalo ade yg salah, just bgtau.. =) Sharing is caring kan.. Kalo nak tau lebihh lanjut lagi, korang boleh buat research pasal benda ni. Ataupun tgk kat History. Aku ni baru paham sejarah bila tgk cenel History tu..kalo bace buku je, aku mmg tak kan paham.. =)

Adios!

Apr 13, 2011

Kadang - Kadang



















Kadang - Kadang..
Aku terduduk..
Penat dan Mengeluh..

Kadang - Kadang..
Aku lari menyendiri..
Menangis sepuas hati..

Kadang - Kadang..
Aku pasrah..
Redha setiap ketentuan Mu, ya Allah..

Sesungguhnya Engkau maha Mengetahui segalanya..
Hikmah disebalik ujian ini..

Aku tahu..
Setiap ujian yg Engkau berikan adalah mengikut kemampuan hambaMu..

Aku tahu..
Setiap ujian yg Engkau berikan adalah tanda Engkau sayang dan kasih pada hambaMu..

Ya Allah...
Kuatkanlah semangat ku..
Tingkatkan lah kesabaranku..
Dengan ujian yg Engkau berikan ini..
Membuatkan aku lebih dekat dengan Mu, ya Allah..

aiyoo itu pun mau kasi tau ka?

















Aku tak menahan nengok org kentut dlm air..mau gelak guling2!
Tapi aku lagi tak menahan..
Bila ada org update status kat FB..
"Terasa nak kentut"
Erkk..?

Cerita Realiti

Mase tgh layan cite CSI,
Aku..saje nak borak2 ngan abg2 aku..

Aku : Betul ke teknologi dorg gune nih? macam tipu je?

Abg Udin : Memang tipu pun...

Abg : Ape la tgk cite tipu2 ni..tgk la cite2 yang REALITI..


Korang agak2 ape cerita realiti tu?










AF?
Kiamat dunia, kalo abg aku layan bnd ni..




Sekali die capai remote, die tekan cenel..








oh, worait...
Tu maksud die cite realiti..


Sabo aje lah..
Malam itu terpakse layan bola ngan dorg..

Bila aku da bosan sgt, naik atas..
Kedabooom..
zzzZzzzzzzZZzz..

Apr 12, 2011

Saya mahasiswa UBM


Berminat nak jadi mahasiswa UBM? Sila daftarkan diri anda ke http://ubmalaysia.blogspot.com/.

Untuk minggu orientasi, aku diminta utk wat assignment nih..wallaaah
Lame tak wat assgmnt utk diri sndiri..
=)  

Letakkan banner UBM dalam entry anda.



Nama anda dan nama blog anda.
Nama : Nor Asidah Binti Sahrin 
Nama Fofular : Shida Sahrin (Takde pun dalam soklan, tapi letak gak..hehe!)
Nama Blog :


Sejak bila mula berblog. 
Sejak 2009 agak nye..da bermacam - macam blog aku create..tapi yg ni paling lama bertahan..Secara rasminya, blog ni create May 2010. 
 
Apa pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa kini.
Darsawarsa? ape tu?? Tingginye  bahasa sastera..
Hurm, bagi aku blog dah jadi e-diari, e-dakwah, e-gossip..semua la e-  dalam kehidupan manusia.. Kira bagus la gak ade nye blog ni..kurangkan bercakap tingkatkan prestasi dalam penulisan..hehe!

Pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini.
Oh, ini benda baru dan sangat creative..solute kat org yg mule2 pk benda ni..harap2 IPTM ni menjadi medium kepada blogger dalam menghasilkan blog yg mempunyai intipati yg lebih bermanfaat, disamping itu dapat membentuk blogger lebih cemerlang, gemilang dan terbilang..wallllah!





Wokey, sudah siap assignment..!  =)

Apr 8, 2011

Hadith Hari Ini

Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda: Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan orang lain."

I Love PRADA

 

Sori guys..not PRADA..
But PANDA..
=)

Apr 7, 2011

Hadith Hari Ini

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Abu Az Zinad dari al-A'raj dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Jauhilah oleh kalian buruk sangka, sebab buruk sangka adalah sejelek-jelek perkataan. Jangan saling mencari tahu (aib orang lain) dan jangan saling mengata." - [Riwayat Abu Daud:4271]



* Boleh ke? Hurmm..renung2kan dan selamat beramal cik Shida..

Terapi Minda

Kerana dek bosan lunch tempat yg same je..
Kami sume bersukaria mahu makan benda yg beronok ronok..
Yg mike2 sume ngidam spagetti..
Halamak! Spagetti ke?
Ade kisah silam yg tragis aku bersama spagetti..
Tekak jadi lain macam ngenang kan spegetti..
Takpe laa..aku leh mkn bnd lain =)


Lihat la muke kami yg beronok ronok ni....































Pas kami beronok ronok, kami pergi membakar kalori..
Tak caye?
Sila skroll ke bawah..
















Ingat care ni tak leh bakar kalori ke..
Pas kami menyumbangkan beberapa lagu, berpeluh tau..
Hihi..
Tak caye lagi?
Silakan search kat google..

Apr 6, 2011

Alhmadulillah rezeki mak.. =)























Sampai juga hajat mak utk menjadi Tetamu Allah..
Alhamdulillah..
Semoga mak sihat dan dapat beribadat dengan sempurnanya di sana.. =)

Tetbe teringat..

Mak : Ko taknak sponsor mak pape ke..?
Aku : Ida sponsor mak DOA..Doa supaya mak sihat..dapat wat ibadah dgn sempurna..
Mak : Yeke ko doakan mak?
Aku : Setiap hari Ida doakan mak..takkan masa doa tu Ida cakap kuat2 kan...

Mak terus tersenyum leboor...

Fuhh..Berhabuk sudah belog ini..

Lame bukak belog
Disebabkan ke'bz'an + kepenatan yg melanda..
Aku takde idea nak hapdet blog ni..
Pape pun, salam sejahtera kepada semua..
Semoga kita bersama2 dalam lindungan dan rahmat Allah swt.. =)
Salam =)