May 31, 2011

Antara kawan dan sahabat..?

Cop..cop..
Nak ulas sedikit dan bg pendapat tentang SAHABAT,KAWAN sebelum aku berangkat ke Cyberjaya.. =)

Hurm..
Sahabat..?
Kawan..?

Terdapat Firman Allah swt yang bermaksud :
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)


Allah ciptakan manusia pelbagai jenis manusia dari segi rupa, bentuk, perangai dan lain - lain untuk kita sama -sama kenal dan buat baik antara satu sama lain. Tiada manusia pun yang boleh hidup keseorangan. 


Seperti yang kita biasa dengar pepatah melayu.. Kawan biar seribu, berkasih biar sorang. Secara logiknya, orang dulu suh kita2 ni setia pada yang satu, dan jangan disebabkan pasangan kita, kita dah tak berkawan ngan orang lain. Parah benar bunyinya. Pape pun tindakan mestilah sejajar dengan akal yang waras..ceh ceh..(ayat motivator). Walaubagaimanapun..bukan kuantiti yang utama, yang paling penting adalah seberapa ramai kawan kita yang berkualiti ... 


Sila semak ciri -ciri kawan - kawan anda yang boleh dijadikan sahabat :


Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya;
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”


1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.



Jangan pula disebabkan ciri2 diatas, kita tak nak kawan dgn org yang bukan seperti diatas..Biar kawan seribu ataupun berjuta - juta lemon sekalipun, tapi cari sahabat biar yang berkualiti.. Sila baik dengan semua orang, jangan sampai pula menghina dan memandang rendah pada orang lain.


Sila rujuk hadith di bawah:
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)


Pemilihan sahabat sangat penting dalam kehidupan kita. Kerana secara tidak langsung sahabat akan membentuk keperibadian dan hala tuju hidup kita. Oleh itu, berusaha lah mencari sahabat yang baik, membantu kita dalam mengapai kejayaan dan membuatkan kita semakin dekat dengan Allah. 


Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”(Hadis riwayat Muslim)


Waallahua'alam.. =)














Something Precious

"Keep away from people who try to belittle your ambitions. Small people always do that, but the really great make you feel that you, too, can become great."

Mark Twain
1835-1910, Author and Humorist




Syukur Alhamdulillah



















Sumber: Google Search


Syukur Alhamdulillah diatas segala rezeki yang Engkau limpahkan..
Mudah mudahan jalan yang Engkau berikan adalah jalan yang terbaik untuk ku..
Amin..

May 29, 2011

Terasa mau jadi Xiao Po..tomey!
























Waaa.. Best! Best!
Sila tgk dengan kadar segera..
Kungfu Panda 2 tak kuar kat Astro 1st tau..
Sape takde geng nak tgk, panggil saya..
Saya sedia meneman anda, janji tiket anda sponsor....
deal?

Lalala..~

May 28, 2011

Menuju PUNCAK

Saya sedang berusaha utk menjadi kupu2 yg cantik..
=)

May 23, 2011

Kedebusssh! aku lagi suke ckp ngan LEMBU

Aku tak paham betul la sesetengah manusia yaaaang..
Aku tak tau nak ketogerikan sebagai ape..
Aku rase kalo disuruh lembu senyap sekijap, aku yakin lembu itu akn senyap...
Bos da suh diam, sbb aku nak kne wat voice over,
Diminta utk diam sikijap je..kalo nak ckp sgt pun, ckp je pelan2..
Janji, jangan smpi suare ko termasuk dlm yg aku record tu..
Dan dan..
Masing2 suare...haaaaih..lemah!
Tak gheti nak hormat org lain..
Ko rase bagus wat perangai cenggitu..??
Ko sorg je rase bagus sgt!

Huh,aku hangin..!
Siyes!
Nasib baik aku xbaling pc kat budak tu..
Takpun sumbat mic kat mulot budak tu.. Cakap benoo la ko..

Tapi..
Aku tak kan wat kije2 buduh tu..
Sebab hati aku penuh dgn sifat/nilai2 murni...
Hahahaha..
Diam je..
Pastu wat luahan hati kat cik blog..

Lalalala..~

May 20, 2011

Terharu nye saya...

Selamat Hari Guru!
Hehe!
Terima kasih student student cikgu yg comey2 itu atas kad ucapan kalian..
Nak nangis tau..terharu..!
Cikgu doakan anak2 murid cikgu sukses dalam apa jua keadaan..
Cikgu harap juga, manfaatkan sebaik mgkin ilmu yg cikgu dah sampaikan..
Walaupun cuma 'A' ia tetap ilmu dan sumbangan cikgu pada kalian, anak2 bangsa melayu..

=)























May 3, 2011

Haih!

Aku blank..
erkk..


Tips KURUS

Langkah 4 :

Pil Senam??

Menurut Dr Oz,  Pil Senam hanya utk orang yang tak boleh senam..
Bagi mereka yang mempunyai kesihatan yang baik, fizikal yang sempurna..
Senaman adalah cara terbaik untuk membakar kalori dan memantapkan lagi tahap kesihatan kita..
Jadi, Jom Senam!

Bagi mereka yg tidak berkesempatan nak jog, g gym..boleh wat skipping kat umah smbil tgk tv..
Skipping selama sejam boleh membakar 1000 kalori..
Skipping selama 15 minit boleh membakar 250 kalori...
Untuk permulaan, 100x skipping sudah mencukupi..keesokkan hari tambah 100x lagi..dan seterusnya..

Semoga Berjaya!!


May 2, 2011

Expose Mistik

Sedang menonton "Expose Mistik" di Oasis..

Aku : Mak, ada lagi ke org gune sihir2 ni...? btol ke sihir2 ni?

Mak : Haisssh..jangan main2..orang skang lagi pandai gune sihir..ade je yg tak kena, jeles ngan org, pakai sihir..

Aku : .....(takut) tak leh nak agak kan...?

Mak : Ye laaa..

Abg Udin : Kalo kita beriman, patuh pada Allah, jaga solat..insyaAllah, kita leh elak dari bnd2 jahat tu..kesimpulannya, jaga solat n banyakkan baca ayat al-Quran...

Aku : .....ya saya setuju..(tunduk)


Dalam sahih Bukhari dan Muslim, yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah s.a.w. menggesa umatnya menjauhi tujuh perkara yang membinasakan dan salah satu daripada tujuh perkara itu adalah perbuatan sihir;


"Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan. Sahabat bertanya, apakah tujuh perkara itu? Baginda menjawab, syirik kepada Allah, mengamalkan sihir, membunuh nyawa tanpa haq, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang, dan menuduh perempuan berzina."