Aug 25, 2011

Eksperimen II

Tarikh : 25 Ogos 2011
Bahan Uji : Si Nawal
Masa mula di uji : 8.30 malam

Bahan uji disajikan dengan tayangan A di Youtube..

Keputusan : Bahan uji fokus melihat tayangan tersebut dan mengerak gerakkan badannya.

***

Tarikh : 25 Ogos 2011
Bahan Uji : Si Nawal juge
Masa mula di uji : 8.45malam

Bahan uji disajikan dengan tayangan yg B di Youtube..

Keputusan : Bahan uji menggeliat sbb nak melepaskan diri dan meroyan..


* Selepas tayangan B habis, bahan uji disajikan lagi sekali dengan tayangan A, bahan uji tetbe diam dan tengok sehingga habis tayangan A tersebut.

* Untuk makluman,
Tayangan A ; Maher Zain - Insya Allah
Tayangan B ; Justin Bieber - (Ape ntah lagu nya, yg ada baby oh baby tu..)

Hipotesis : Nawal suka tengok Maher Zain berbanding Justin Bieber

Kesimpulan/ Rumusan :
Erm..rumit nak buat ayat utk kesimpulan ini..kene skema..tapi aku tak mampu..Cenggini lah, dalam kehidupan kita terdedah dengan perkara +ve dan -ve.. Kita tak sedar..Contoh :
Jika banyak mkn manisan, lemak yg banyak, dalam tak sedar ia memberi input/ aura yg -ve pada diri kita. Kita akan rasa malas, tak bermotivasi, negatif thinking..Sebaliknya jika si pengamal makanan yang sihat dan rajin bersenam hidupnya lebih bermotivasi dan berkeyakinan serta kehidupan yang teratur.

Berbalik pada eksperimen yang di buat..
Lagu Maher Zain yang berunsurkan nasihat dan ketuhanan, mengeluarkan aura +ve dan si bahan uji boleh fokus dan menghayati lagu tersebut..
Manakala lagu Justin Bieber yang agak ke'lagha'an, terdapat aura -ve yang tmenyebabkan si bahan uji gelisah dan tak nak tengok video tu lagi..

Maka, cuba anda bayangkan jika hidup anda dipenuhi dengan lagu2 yang me'lagha'kan, ia serba sedikit akan wat hidup anda gelisah, tak tenteram...Cuba la untuk dengar  lagu yg +ve, al-Quran dalam satu hari..Anda akan rasa kelainannya.

=)


*Si bahan uji pakai sendiri telekung nenek...

Aug 15, 2011

Caramel yang tak bape nak menjadi



Mak kata dah ok, cuma keras..
Mau tak nye..da siap2 mengacau..
Aku baru perasan aku lupa letak tepung kastard..
Bahan penting plak tu..
Maka terpaksa mengacau lagi..
Atenya..petua2 utk elakkan puding keras, Jangan kaco lame2..
Tapi aku terpakse!

Takpe la percubaan pertama..
Next time wat lagi!

Time kasih daun keladi diucapkan kepada cik Dia selaku advisor..

Eksperimen

Tarikh : 13 Ogos 2011 (14 Ramadhan)
Bahan Uji : Shida si Penglipur Lara
Masa mula di uji : Selepas Imsak

Bahan uji di beri makanan semasa bersahur, dengan makanan yang seimbang.
Kemudian Bahan Uji dibiarkan tidur selepas imsak..

Keputusan : Bahan uji menjadi lemau dan tak produktif

***

Tarikh : 15 Ogos 2011 (15 Ramadhan)

Bahan Uji : Shida si Penglipur Lara
Masa mula di uji : Selepas Imsak

Bahan uji di beri makanan semasa bersahur, dengan makanan yang seimbang.
Kemudian Bahan Uji tidak dibenarkan tidur selepas imsak..

Keputusan : Bahan uji masih cergas dan produktif walaupun sudah 1.00 am, dan aktif menulis belog..



Kesimpulan : BAHAN UJI, SILA JANGAN TIDUR SELEPAS SAHUR..!






 

Alolololo..terus ngatok pas tgk pic ni..
Sumber : http://www.allpics4u.com/

Aug 9, 2011

From Dr Muhaya

"Who do we spend our time with? They are a reflection of who we are. Look at our Facebook friends and see what they write daily in the status. If it is complaining, blaming, guilty, and boasting better to deleting them or convert them."


Jom thumbs up ramai - ramai!

Kita selalu lupa dan terlepas pandang..

Penggunaan lidah (pertuturan) yang ditegah ialah

• berdusta, sama ada secara sungguh-sungguhan atau pun main-main (gurauan), 

• berjanji untuk tidak ditunaikan (berdusta untuk menipu).
 
Rasulullah saw bersabda: "Ada tiga perkara yang sesiapa terlibat dengan salah satu daripadanya, maka dia adalah munafiq, walaupun dia mengamalkan puasa dan sembahyang, iaitu, apabila bercakap dia berdusta, apa berjanji dia mungkir dan apabila diamanahkan dia khianati" 

• mengumpat, memfitnahkan orang, menghasut atau menjadi batu api, mencerca, memaki-hamun dan sebagainya).

Rasulullah saw bersabda: "Jauhilah kamu daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih jahat daripada berzina. Penzina, apabila bertaubat, mungkin diampuni Allah, tetapi pengumpat tidak diampuni oleh Allah sehingga dia diampuni oleh orang yang diumpatnya". 

• mencacatkan cakap orang dan membenarkan cakap sendiri (mirak) serta berbantahan (jidal). 

Rasulullah saw bersabda: "Tidak sempurna iman seorang hamba Allah sehingga dia meninggalkan tindakan mencacatkan cakap orang dan berbantahan, walaupun dia benar". 

• memuji diri. 

Allah Taala berfirman: "Maka jangan kamu mengatakan diri kamu suci (memuji diri). Dia (Allah) maha mengetahui tentang orang yang bertaqwa". (al-Najm : 32) 
• mengutuk dan memaki makhluk.

• mendoakan kejahatan (keburukan) untuk manusia, walau manusia itu zalim.

• mengeluarkan kata-kata kotor, kesat, lucah, lucu, sindiran dan gurau-senda dengan tujuan menghina dan memalukan seseorang.

Menurut Imam al-Ghazali, semua tindakan lisan yang tersebut di atas adalah dikategorikan sebagai "kata-kata haram". Di samping itu, banyak menuturkan "kata-kata harus" yang tidak berfaedah (perbualan yang sia-sia) ditegah juga. Kerana, apabila banyak berbicara, berborak umpamanya, selalunya lidah tergelincir lalu menuturkan kata-kata yang haram itu. Kalau tidak demikian pun, banyak berkata-kata itu sekurang-kurangnya merugikan masa. Mengikut ulama, panjang cakap akan memanjangkan hisab di akhirat kelak.


Malik bin Dinar bermadah, "Apabila engkau dapati rasa degil bersarang di hatimu, terasa daif beribadat dan sukar mendapat razeki, maka ketahuilah, semuanya itu disebabkan oleh ucapan lidahmu mengenai perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu". 


Sumber : Halaqah.net


























Sangat terkena pada batang hidung sendiri.. =(
Moga post ini dapat meng'improve'kan diri ke arah lebih baik..


Aug 7, 2011

Wasiat Luqman al-Hakim

Ingatilah dua perkara dan lupakanlah dua perkara : Ingatlah Allah dan Mati. Lupakanlah kebaikan kamu kepada manusia dan kejahatan manusia kepada kamu. (Rawa'i al-Hikam : Wasiat 73-83)



Main masak masak


Dadih Cokelat

First time kot wat dadih ni..
Hahaha..
Bulan pose kali ni teringin nak makan manis2 dan sejuk2..
Kadang2 beli kat bazar tak menepati anak tekak aku..
Maka aku amik inisiatif diri, cari resepi kat internet dan buat sendiri...
Yuhuu..dadih jadi dan menepati citarasa..

Yang tengah2 tu aku letak coklat cair..
Sedap dimakan bila da keras..


Chicken + Sausage + Mushroom Carbonara

Yang atas ni plak..carbonara..
Aku buat sebab tetbe tekak teringin, bibik wat ayam penyek..
Tapi kalo boleh aku tak nak mkn berat2 time buka..
Nak lite lite je..
Maka aku pun masak la carbonara ni..
Mak yg suh letak sausage dan mushroom banyak2..
Mak kata die nak ratah..
Aku pun menurut perintah..
Kebetulan kami adik beradik berkumpul, berbuka sama - sama..
Maka banyak la pilihan masa berbuka ketika itu...

 =)

'Pak Lah'







Nama Penuh : Muhammad Abdullah Hakim
Nama Komersial : Pak Lah
Nama manja (ayah) : Wa cantan Wa citam ayaaah (si jantan hitam ayah)
Nama manja (nenek) : Obama
Kobolehan :
Berlarii bila Moksu (aku) nak amik dia..
Tendang bola sepak dengan baik (potensi jadi pemain bola sepak negara)
Sebut 'NAAAAAKK' bila ternampak makanan, (dia kuat makan)
Buli abg dia balik (Fikri) ahaks!
                     

Si Fikri dengan aksi gedik nye..sambil diperhatikan oleh si Pak Lah..

Aug 5, 2011

Saya yang injured

Terpakse MC solat Terawih..
Azam aku utk Ramadhan kali ini jika diberi kesihatan yang baik mahu kasi full solat Terawih..
Tapi Allah beri sedikit ujian, dugaan sikit..
Dugaan tulang belakang aku sakit, mungkin tergeliat masa nak bangun pagi..
Terkejut punya pasal, aku ingat da kul 7pagi..lintang pukang aku bangun..
Tup..tup.. pinggang sakit..
Masih sakit lagi sampai sekarang, dah nak masuk 3 ari..
Weekend ini, insyaAllah berurut..
Sejak sakit ni, menganggu kegiatan harian aku..
Sume 'tersekat'..hihi..
Dan sangat kritikal bila mau ruku' n bangun utk rakaat seterusnya..
Tak leh nak angkat nawal..
Tak leh nak jalan mak lenggang kangkung..

Mudah2an aku sembuh dengan segera..Amin..!

Aug 3, 2011

Bila saya diam...

Bila saya diam...
Bukan bermakna saya suka...
Dan bukan bermakna saya tak suka..

Tapi saya rasa..
Diam itu lebih baik dari berkata - kata..
Kerana..

Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 

=)




Nak promote Cookies kat sini!

Salam Ramadhan sahabat -sahabat..
Saya nak peromot cookies..
Saya ada jual cookies yg sangat menyelerakan dan mengenakkan..
Jadi, sahabat2 dialu2kan untuk mengorder cookies saya...
Ada pelbagai cookies dengan harga berpatutan dalam blog berikut..

Sebagai mukadimah...
Saya mempersembahkan cookies cookies yg bakal menghangatkan Raya anda!
Tadaaa...











Aug 1, 2011

Si pembuli yg makin membesar dan terus membuli MokSu





*Give up ngan bnd ni, tak pedulik..nak upload gak cenggini...