Nov 27, 2011

ber'beri beri' perasaan ini.. =)

Tak patut...

Di suatu petang, kedengaran iklan di Radio tutttt..
Iklan nya berbunyi lebih kurang begini..
(aku tak bape ingat satu2 ayat nye ye..)

Mak Cik Jenab ; Eh si minah oiii,ko bile nak kawin..?umur da meningkat..

Si Minah : ??
Apa yang harus di jawab oleh si Minah untuk mengelakkan dari stress dengan soalan2 begitu?

Maka radio itu, memberi cadangan utk jawapan soalan Makcik Jenab ;

Si Minah : Maaakcik Jenaaab, sape tak nak kawin kaan..saya tengah tunggu Makcik Jenaaab masukkan duit dalam akaun saya..

Coppp!

Adakah itu cadangan yang bagus, utk diberikan pada Makcik Jenab?
Apa kejadahnya jawapan seperti itu...
Walaupun Makcik Jenaab sememangnya perangai makcik2 yang suka amik tau hal orang..
Tapi itu bukan jawapan yang sepatutnya diberikan...

Meh sini, cik Shida kasi cadangan paling umphh utk jawap soalan2 begitu...
al Maklum laaa, dah biasa soalan cenggini, jawap pun tutup mata je..
Haha!

Langkah Pertama ;
1) Anggap je Macik Jenab tu sayangkan kat kite, dia tanya tu sebab caring kan pasal kita..
2) Tepuk lembut pada peha Makcik Jenab (kalo die duduk) atau pegang bahu Makcik Jenab..Jangan di tampooo plak orang tua tu..cian dia..
3) Senyum pada Makcik Jenab..
4) Dan katakan..
"Makcik Jenab, doakan saya..semoga urusan saya dipermudahkan, di murahkan rezeki...Kalo Makcik Jenab doakan cepat sikit turn saya naik pelamin.."

Lembut hati Makcik Jenab itu, mana tau dia memang nak kenen kamu dengan anak teruna dia yang hensem bergaya..
Kita tak tau kaaaan...

Copp!
Cara itu bukan HIPOKRIT, secara tak langsung, ia dapat mendidik kita supaya kita lebih menghormati orang tua..
Bukan dgn cara yang dicadangkan oleh Radio itu..
Cadangan itu mungkin boleh diusulkan untuk kawan - kawan..

Kaaaan..?

Nov 24, 2011

Ting Tong

Waktu tido terganggu..
Sejak 12 November sampai laa malam ni..
Masih belum cover lagi jam2 yang sepatutnya digunakan utk tido..

Oh gosh..
Aku ting tong..

Setuju!

Kita jaga hati supaya jangan menunjukkan kehebatan kita di Facebook dan ingin mendapat penghargaan manusia. Tentukan kita berkata benar dan jangan sekali buat cerita untuk menunjukkan kehebatan. Lebih banyak yang kita ingin tunjuk pada manusia bererti lebih sedikit nilai diri kita. Mereka yang punya harga diri yg banyak sibuk menghargai tetapi siapa yang kurang harga diri ingin di hargai.Jangan kita menambah nambah dalam percakapan. Cuba sederhana, insyaAllah - Prof Muhaya



;)

"..Bukti Allah sangat sayang kan kita, Dia masih aturkan perjalanan hidup kita dengan baik dan terbaik walaupun kita terleka untuk bersyukur segala nikmat Nya...Syukran ya Allah.."



Nov 23, 2011

Adoooii nye puunn..

Saya datang opis bukan semata- mata utk dengar dan menyampuk semua perbualan..
Saya byk kije nak kena buat..

Bohong kalo saya langsung xdengar..
Saya dengar..
Tapi malas nak amik port..
Sebab..
1) xde kena mengena pn dengan saya..
2) xkuasa..

Ok?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Nov 22, 2011

Tentang keputusan eksperimen..

Bulan lepas kot, aku ada post entry berkenaan dengan eksperimen ke atas makhluk ni kan..
Yang tak perasan, leh klik link ni ; 

Tak nak la cerita pasal hasil, nak cerita pasal kesimpulan ;
Moh, hayati 20 adab berbual..
Moga kita sama dapat manfaat nya =)..

20 Adab Berbual

1. Semua perbualan haruslah bertujuan kebaikan.
“Barangsiapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim)

2. Jelas dalam perkataan.
“Bahawasanya perkataan Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga mampu difahami oleh semua yang mendengar.” (HR Abu Daud)

3. Tidak berbual kosong dan bercakap besar.
“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari kiamat ialah orang yang banyak perbualan sia-sia dan berlagak dalam berbicara.” (HR Tirmizi dan dihasankannya).

4. Tidak terlalu banyak cakap kerana khuatir membosankan yang mendengar.
“Ibnu Mas’ud r.a. senantiasa mengajar kami setiap hari Khamis, maka berkata seorang lelaki: ‘Wahai Abu Abdurahman (gelaran Ibnu Mas’ud)! Mahukan anda mengajar kami setiap hari?’ Maka jawab Ibnu Mas’ud : ‘Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir ia membosankan kalian, kerana akupun pernah meminta yang demikian pada Nabi SAW dan beliau menjawab khuatir membosankan kami.’” (Muttafaq ‘alaih)

5. Mengulangi kata-kata yang penting jika perlu.
Daripada Anas r.a. bahawa Nabi SAW jika berbicara maka baginda SAW mengulanginya 3 kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila baginda SAW mendatangi rumah seseorang maka baginda SAW pun mengucapkan salam 3 kali. (HR Bukhari)
6. Menghindari ucapan yang batil.             
“Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai Allah SWT yang ia tidak mengira akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh Allah SWT keredhaan-Nya bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai Allah SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka Allah SWT mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat.” (HR Tirmizi dan ia berkata hadis hasan sahih juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah).

7. Menjauhi perdebatan sengit.
“Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat.” (HR Ahmad dan Tirmidzi)
Dan dalam hadis lain disebutkan sabda Nabi SAW:
“Aku jamin rumah di dasar syurga bagi mereka yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bergurau, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.” (HR Abu Daud).

8. Menjauhi kata-kata keji, mencela dan melaknat.                                               
“Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.” (HR Tirmizi dengan sanad sahih)

9. Menghindari banyak bergurau.
“Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.” (HR Bukhari)

10. Menghindari menceritakan aib orang dan saling memanggil dengan gelaran yang buruk.
“Jika seorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi dan ia menghasankannya)

11. Menghindari dusta.
“Tanda-tanda munafik itu ada 3, jika ia bicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkari dan jika diberi amanah ia khianat.” (HR Bukhari)

12. Menghindari mengumpat dan mengadu domba.
“Janganlah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah kalian saling mengumpat satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (Muttafaq ‘alaih)

13. Berhati-hati memuji dengan niat membodek, berdasarkan hadis Nabi SAW dari Abdurrahman bin Abi Bakrah dari bapanya berkata:
Ada seorang yang membodek orang lain di depan orang tersebut, maka kata Nabi SAW: “Awas, kamu telah mencelakakan saudaramu! Kamu telah mencelakakan saudaramu!” (2 kali), lalu kata baginda SAW: “Jika ada seseorang ingin memuji orang lain di depannya maka katakanlah: Cukuplah si fulan, semoga Allah mencukupkannya, kami tidak mensucikan seorangpun di sisi Allah, lalu barulah katakan sesuai kenyataannya.” (HR Muttafaq ‘alaih dan ini adalah lafaz Muslim)

Dan dari Mujahid dari Abu Ma’mar berkata: Berdiri seseorang memuji di depan Miqdad bin Aswad secara berlebih-lebihan, maka Miqdad mengambil pasir dan menaburkannya di wajah orang itu, lalu berkata: Nabi SAW memerintahkan kami untuk menaburkan pasir di wajah orang yang gemar membodek. (HR Muslim)

14. Penolakan terhadap sesuatu yang tidak dipersetujui haruslah dalam keadaan tetap menghormati, suara yang lembut serta tidak meninggikan suara.

15. Penolakan harus penuh dengan dalil dan nasihat.  

16. Penolakan hendaklah dimulai dengan menyampaikan sisi benarnya terlebih dahulu sebelum mengomentari yang salah.

17. Penolakan tidak bertentangan dengan syariat.

18. Hal yang dibicarakan hendaknya merupakan hal yang penting dan dapat dilaksanakan dan bukan sesuatu yang belum terjadi.

19. Ketika menolak hendaknya dengan memperhatikan tingkat ilmu lawan bicara, tidak berbicara di luar kemampuan lawan bicara yang dikhuatirkan menjadi fitnah bagi diri dan agamanya.

20. Saat menolak hendaknya menjaga hati dalam keadaan bersih, dan menghindari kebencian serta penyakit hati.

*Banyak ni yang kena diperbaiki, macam mustahil je aku leh diam..erm..takpe la..Cuba pelan -pelan..




Akhirnya!

Jumpa balik blog theme pencil2 ini..
Hoho!
Aku rasa ini je kot theme yang Serasi Bersama dgn aku...

Suka + Berpuas hati!

Tahniah Shida!

Nov 9, 2011

thursday wordless, bleh?

Published with Blogger-droid v1.7.4

Luahan rasa

Tgk...
Xleh search n insert gambar yg cantik2..
Make aku wat sperti di atas.. ;)
Takde kije..

Lama tau xmenghapdet belog yg sebetol2 nye menghapdet belog..
Xpuas hapdet kat hp..
Xleh search gmbr yg bersesuaian,xleh save, xleh insert gmbr yg cantik2..
Post pun entry yg pendek2..
Xbest xbest..
Skang ni rase mcm xde ms je nk ngadap laptop..
Bile weekdays, blk je dari klas..
Da ngantuk,ingat bantal je..
Bile je weekend, ade je hal n program..
Huhu..
Kat opis xleh bukak blogspot..sedih tau..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Nov 7, 2011

The Gruto


The Gruto
warung ala italian..
Kat sini laa aku start minat mkn cabonara..

Aku perasan ade sorg staf kat The Gruto..
Dari seberang kot..
Kalo dtg mkn situ,msti aku usha mamat tu..
Oh oh bukan usha jatuh hati ya!
Aku suke tgk die berkerja...rajin betol..
Dia akn dtg awal dan prepare bahan..
Amik order, basuh pinggan..
Kira nya orang suruhan laa..
Da lama lama tu..
Skang ni die da jadi pmbantu chef..
Die da leh masak macam2..
Kagum sungguh aku...

;)
Published with Blogger-droid v1.7.4