Jun 13, 2013

Solat Sunat Tahyattul Masjid

















Mungkin ramai yang masih kurang maklumat tentang solat tahyattul Masjid. (Termasuk diri ini.. )
Mungkin ramai mengganggap ia merupakan sunat mu'akkad, hanya sekadar solat sunat, tak buat pun xpe.

Tapi ramai yang tak sedar, sekiranya kita menjaga adab di masjid.
Kita berjaya menjaga roh masjid dimana di akhirat kelak masjid yang dipenuhi roh akan bercahaya dan barakah.

Antara adab berada di masjid adalah ;
1) Menunaikan solat sunat Tahyattul Masjid.
2) Memperbanyakkan membaca Quran, berzikir
2) Tidak berbual hal keduniaan.
3) Menghormati jemaah yang lain ; tidak membuat bising, bercakap kuat.
4) Tidak ketawa terbahak2

dan sebagai nya.

Semoga kita sama2 memperbaiki. =)

Berkenaan dengan solat sunat Tahyattul Masjid.

Tahyattul Masjid merupakan solat sunat mu'akkad 'selamat datang' bagi menghormati masjid. Ia dilakukkan sebanyak 2 rakaat sebaik sahaja memasuki masjid.

Sabda Rasulullah SAW ; "Apabila salah seorang di antara kamu mendatang/ memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat." (Hadi Riwayat al- Bukhari, Muslim)

Dalam sebuah riwayat yang lain disebutkan, " Jika salah seorang di antara kamu memasuki masjid, hendaklah dia tidak duduk hingga mengerjakan solat dua rakaat." (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Meskipun begitu, sekiranya kita tiba di masjid yang ketika itu ingin memulakan solat fardhu berjemaah, apa yang perlu kita lakukan adalah memadai hanya melakukan solat sunat qabliyah (sebelum)  / solat sunat wudu'. Ia memadai kerana hadis di atas tidak mengkhususkan solat sunat apa. Hanya sekadar melakukan solat sunat dua rakaat.

Sekiranya kita mempunyai kelapangan setibanya di masjid, maka digalakkan untuk melalukan solat sunat Tahyattul Masjid.


















Meskipun begitu, terdapat beberapa kekeliruan/ permasalahan tentang Solat Sunat Tahyattul Masjid. (Sumber ; Blog Peribadi Rasulullah)


1. Jika seseorang itu telah masuk masjid dan terus duduk dengan sengaja, maka tiada lagi Solat Sunat Tahiyatul Masjid baginya.
.
2. Jika duduk itu dengan terlupa ada 2 keadaan.
a. Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali, maka dibolehkan bangun dan terus solat.
b.  Jika terlupa pada waktu yang panjang, kemudian teringat, tiadalah lagi dibolehkan bangun bersolat.
.
3  Sekiranya masuk masjid dan didapati azan sedang berkumandang, maka perlulah menjawab azan tersebut sambil berdiri, kemudian melakukan solat sunat Rawatib yang  dikira sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
.
4. Apabila masuk masjid, khatib sedang berkhutbah atau majlis ilmu sedang dijalankan, hendaklah mengerjakan solat Tahiyatul Masjid dua rakaat, sebelum duduk. Solat tersebut hendaklah dilakukan secara ringkas dengan mengambil yang wajib sahaja. Malah Rasulullah SAW pernah menegur orang yang masuk ke masjid kerana tidak Solat Sunat Tahiyatul Masjid sewaktu khutbah Jumaat dijalankan.
.
Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a., dia menyatakan: Sulaik al-Ghifani pernah datang pada hari Jumaat ketika Rasulullah SAW sedang menyampaikan khutbah lalu dia terus duduk. Beliau SAW pun berkata kepadanya:

“Wahai Sulaik, berdiri dan ruku’lah dua rakaat serta pendekkanlah dalam melaksanakannya.” Kemudian beliau bersabda: “Jika salah seorang di antara kamu datang pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat dengan seringkasnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

.
5. Orang yang tidak dapat mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid disebabkan sudah dimulakan solat jemaah atau dia telah duduk atau dia sekadar masuk sebentar untuk sesuatu keperluan, maka dianjurkan membaca 3 kali:  ‘Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahu Akbar.’
Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAWbersabda: “Jika iqamah solat sudah dikumandangkan,tidak ada solat lagi, kecuali solat wajib.” (Hadis Riwayat Muslim)
.
6.  Sekiranya seseorang itu sedang dalam rakaat pertama Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan para jemaah pun mendirikan solat fardhu, maka wajib baginya membatalkan solat tersebut dan menyertai solat fardhu kerana ada tegahan daripada Rasulullah SAW:“Apabia didirikan solat fardhu, maka tiada solat ketika itu melainkan solat fardhu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Tetapi jika dia berada di rakaat kedua, maka hendaklah dia mempercepatkan dan sempurnakan rukun-rukun yang berbaki sehingga salam sebelum menyertai jemaah solat fardhu.
.
7. Tiada tuntutan untuk Solat Sunat Tahiyatul Masjid di luar masjid, contohnya di padang atau kaki lima.  Sekiranya datang sewaktu imam berkhutbah, kena duduk diam mendengar khutbah. Jika tiba sebelum imam memberi khutbah dan selepas azan pertama, maka boleh Solat Sunat Qabliyah Jumaat.


Waallahua'lam.

Jun 6, 2013

Tikus yang girang

Umpama si tikus keriangan tanpa si Kucing.
Itulah ibarat kami di ofis kini.

Miss Kan-Chong kami tiada di ofis.
Kami semua kerja dengan senang hati.

Disini saya meluangkan sedikit masa untuk berblogging..
Amik feel, sebelum meneruskan kerja - kerja yang masih bertimbun - timbun..

Yeeehaaa!