Aug 19, 2014

Proses pengeluaran Muhd Aydin Zihnee Part 1

Kini aku faham apa kenapa wanita melahirkan anak diberikan ganjaran pahala seperti orang mati syahid. Sakit contaction nya memang sakit tak terhingga. Mcm aku, perut kena belah...huhuhu..walau kena bius, lepas bius hilang, sakit..masa nak bangun pegi toilet tu memang sakit..Tapi dalam tempoh 1-2 hari je yang sakit sangat tu. Lepas tu sakit sikit...Masa tu memang rasa nak nangis tengok cik Suami kepenatan ke hulu hilir mengurus aku, anak..yang sentiasa di sisi aku sepanjang aku berpantang..Hanya Allah membalas jasa cik Suami.. =(
 
19 Feb 2014
Semua nya bermula di pada hari itu..
Kami ke UKMSC untuk check up routine, dan kira nya itu adalah check up yang terakhir sebelum dijangkakan bersalin pada 27 Feb 2014...
Setelah membuat pemeriksaan, semua ok kecuali.....
Bila doc scan berat baby mencecah 3.7kg..
Doc tak nak amik risiko..risau minggu hadapan nya berat baby mencecah 4kg..dan sekiranya berat baby 4kg, doc tiada pilihan..aku kene menjalani pembedahan secara czer..
So, doc mencadangkan supaya aku warded keesokan hari nya supaya diberi peluang untuk bersalin secara normal..
Perasaan masa itu..tergamam dan tak percaya..
Sebab nya aku sememangnya tak bersedia dari segi mental mahupun fizikal..
Mau tak nya, set dalam kepala bersalin minggu depan nya tapi tetiba doc kate kena bersalin esok plak..
Tapi pada masa yang sama tak sabar nak jumpa si kecil pun iye jugak...
Setelah bincang dengan parents, memasing suruh dengar dan ikut cadangan doc..
Dan aku setuju untuk bersalin esok nya..
Sebelum balik, doc bukakan pembukaan di bawah..masa tu dah pun 2cm..
Camne doc bukakan?
Kalo aku cerita risau korang seriau pulak.. =)
Doc masuk kan tangan die melalui vagina, dan senang cerita, doc rodok la gak..
Hihihihi..
Tapi korang jangan takut, tarik nafas dan relaks..ikut apa yang doc seruh buat..
Kalo kita takut sangat, menganggu plak prosedur doc nak rodok tu.. =)


Di rumah aku banyak diam..banyak termenung..
Sebab takut dan tak berapa sedia..
Ramai yang persoalkan napa aku kena bersalin cepat ..
Tapi aku diam...tak tahu nak kata apa..
Perasaan tu berbaur baur..
rasa tak sabar, rasa takut..
Cuma zikir dan beristighfar sebagai peneman..
Tengah malam aku tak leh tido, berdebor debor campur plak sakit contraction..
Setiap 15min dah terasa sakit, peluh2 aku..
Cik suami tanya nak pergi hospital ke, aku tgk jam dah kul 4pagi..
Aku rasa tak yah gi laa, sbb memang kul 7 pagi nak kena masuk wad pun..tahan je laaa sakit tu kejap..


20 Feb 2014
Tiba masanya...
Tepat kul 7pagi, aku tiba di wad Sutera...
Masuk je dalam bilik, nurse suruh aku makan ubat cepat berak tu..ape ntah nama ubatnya..
Aku jawab laaa aku tak mkn pape lg..
Tgh lapar plak tu..
Kalau ikutkan dah tak boleh makan..doc pun tak bagi makan..
Tapi aku pikir yang aku perlukan tenaga untuk meneran, aku makan gak..
Siap makan kurma, nasi goreng, roti dan minum milo..
Sempat kan..hahaha
Lepas makan ubat tu, memang gelodak laa perut aku..
Tapi buang tak habis pun, rasa sangat2 tak puas..
Doc datang dalam kul 10am lebih gitu..
Doc check bukaan, Masa tu dah 3 cm..
dan die rodok lagi supaya luas pembukaan nya..
Selepas doc rodok, aku nampak ada tompokan darah masa nak buang air kecil..
Bagitau nurse, nurse kata itu biasa kalau lepas kena rodok ngan doc..
Bila Attenden datang untuk tolak aku ke labor room..
Aku boleh plak sakit perut n nak membuang dulu..akibat dari makan ubat pelawas tu..
Lama gile dalam toilet.. sampai attenden tu pun suruh aku cepat sikit..hihihihihi
Sebab orang kat labor room dah tunggu aku..
Korang bayangkan lah, duduk je aku atas wheel chair, Attenden tu tolak aku macam ape je..
Laju gile..tambah plak aku yang berat ni..larat pulak die tolak aku laju laju..

Ok Jom sambung part 2 =)
Part 1 ni pun ambil masa berbulan2 untuk nak publish.

May 26, 2014

Eee lama nya tak berblogging!

Terasa keras jari jemari menaip di keyboard!
Terlupa dah a di mana, s di mana..aiyooo..
Sudah 3 bulan kot..

Di kesempatan ini sementara si baby besar dan baby kecil sedang enak dibuai mimpi, aku meluangkan masa untuk mengumumkan sesuatu yang ringkas & padat..

Ye!
Saya dah ade baby!
Alhamdulillah saya selamat melahirkan seorang putera yang bernama ;
MUHAMMAD AYDIN ZIHNEE BIN MUHAMAD SHAH REEZAL
panjang kan..bila isi pape form, memamg terasa kepanjang nya tu!
Maksud nama putera ku adalah..
Kekuatan akal ku/ minda ku/ kebijaksanaa ku
Amin..amin..
Mudah mudahan Aydin menjadi anak yang bijak dan berjaya menjadi muslim yang taat pada Allah & Rasul, anak yang sentiasa dekat dengan kebaikan, menjauhi kemungkaran..

Huh! Menjadi ibubapa dalam serba kecanggihan nih sangat mencabar..
Semoga aku & cik Suami diberi kekuatan untuk sentiasa istiqamah dalam mendidik anak berjaya dunia akhirat.. =)
Amin

Sejak jadi ibu ni..
Masa tu banyak lari dah..
Berak kencing pun rasa mcm tak sempat je
Tu yang sampai jadi sembelit..
Hahaha
Tapi yang best jadi ibu ni..
Anak tido, ibu pun tido sama..
Kadang2 tu kul 8 mlm dah tido dah..

Ermm ok laa
Dah kul 8lbh..
Nak siap2 barang Aydin mandi..
Pastu nak brekpes..
Nanti sambung lag!

Dec 26, 2013

Muqadimah Pi Mai Pi Mai Tang Tu #Penang

Ngee =)
1st, nak ucap jutaan terima kasih & sayang pada cik Suami kerana membawa 'bubu Yot' berjalan2 ke utara.
Terima kasih kerana terbuka hati nak bercuti panjang kata nya.. ;p
Aku ingat nak jalan2 area KL. Siap suggest g Midvalley je. Boleh?
Nasib baik tak terlepas peluang tu...
Cik Suami kata nak travel jauh jauh dan dok hotel..
Yuhuuu rasa nak melompat lompat kegirangan mendengar hajat cik Suami..

Pada mula nya nak jalan2 ke Johor je..
cik Suami nak gi Legoland?
Hehe.
Aku ok je. Janji dpt jalan2. Bukan kesah pun.
Setelah survey berbagai2. cik Suami kata rugi g Legoland skang ni.
Takkan nak suh aku yang tengah memboyot ni naik roller coaster plak..
Dah bayar mahai2 tapi aku dok  tercongok je tak main apa2..
So, aku kata "xpela bang tunggu anak ada nanti, kita pi Legoland"

Ok plan ke Legoland - Cancel.
Aku survey hotel hotel area Johor Bahru..
Hajat di hati nak nampak Singapore dari bilik..
Tapi harga bilik tak setimpal dengan keadaan bilik..
Aku rungsing.
Tetbe Opismate aku suggest pi Penang.
Hurmmm..
Macam menarik!
Tapi tak jauh ke?
Opismate aku kate, lebih kurang jauh nya ngan Johor Bahru..

Maka
Aku pun suggest kat cik Suami, cik Suami setuju!
Memandang kan Bubu Yot ni tak penah sampai Penang..
Tak penah lalu Jambatan Penang
Tak penah naik Feri..
Dan teringin sangat nak rasa perjalanan jauh dari KL ke Penang  bersama insan tersayang..
Kirenya Bonding Time laa tu..
Gunakan sepenuh masa sepanjang perjalanan tu bergurau senda, teman cik suami sampai Penang..Penang ke KL..
Tak tido tido ok!
Ngee! =)























*************


Disebalik keseronokkan tu ada sekelumit rasa risau di sudut hati..
Al maklum lah. Kandungan sudah 7 bulan ++.
Orang kata, perut dah besar..dah hujung2 ni dok umah je..
Hurm. Aku tawakal. Fikir yang positif.
Lakukan sedikit pembacaan tentang tips perjalanan jauh bagi ibu ibu mengandung..
Dan setiap hari cakap kat baby..
"Behave ye baby. Kita nak jalan jauh ni."


Ada beberapa yang tips yg ingin ku kongsikan untuk ibu ibu mengandung yang ingin berjalan jauh..

1)  Rehat yang cukup. Bagi aku, tidur yang cukup, packing barang awal2 supaya tak terkejar kejar dan tak kelam kelibut. Sebab ibu ngandung ni cepat penat jika keadaan kelam kelibut. Lagi lagi perut membesar. Rasa sempuuut.

2) Jangan mulakan perjalanan dengan perut kosong. Kalau boleh, makan dulu. Kalau tidak, dengan baby baby sekali memberontak. Maka, tak perlu terlalu rush. Rileks, kite makan makan dulu.

3) Letak bantal extra tebal nya di tempat duduk sebagai penyerap hentakan. Haaa gitu ayat aku. Hihi.

4) Nasihat utk pembawa kereta, jangan bawak laju laju. Hentakan yang terlalu banyak akan menyebabkan si baby tidak selesa. Dan mengakibatkan perut si ibu mengeras je. Sian si ibu..

5) Si ibu pula, rajin rajin kan diri meng'excercise'kan pergelangan kaki di dalam kete. Contoh seperti di bawah.


















6) Kemudian, rajin rajin berhenti di R& R, si ibu perlu berjalan jalan untuk membantu pengaliran darah di kaki..Walaupun si suami, berhenti untuk ke tandas, si ibu xmo malas malas, sila berjalan jalan sikit di luar..buat regangan katanya.. =)

7) Last sekali, selamat bercuti! Hihihi =)