Sep 4, 2012

Diam

Post ni di buat apabila aku terbaca satu post tentang sesorang yang mempertikaikan satu kenyataan seorang Ustaz di Twitter..(tak silap aku Twitter)
Hurm..Tersenyum je aku baca respon seseorang itu..

Mungkin niat nya baik, tapi tidak kena gaya nya dan juga tidak kena pada ayat yang digunakan nya..
Akhir nya memakan diri sendiri..

Pada pendapat aku..
Elok diam secara berhikmah..
Maksud nya..
Sekira nya ada persoalan/ kemusykilan..
Diam di Twitter/ Facebook.. (Public)
Berhikmah apabila email segala kemusykilan/ pertikaian secara personal dengan Ustaz itu..

Dan..

Terdapat pelbagai hadith yang berkaitan dengan hikmah berDIAM diri..

Sebagai contoh;

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" (Riwayat Abu Naim).

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam" (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

























*aku ni pun keypooochi gak..sila bermuhasabah diri ye cik Shida!

No comments:

Post a Comment