Feb 14, 2013

Penghargaan

Alhamdulillah =)
Syukur kepada Allah swt kerana kehendak Nya majlis perkahwinan ku berlangsung dengan lancar dengan bantuan orang sekeliling ku..

Di kesempatan ini, dengan rasa rendah hatinya..ingin ku ucapkan...

Jutaan terima kasih kepada Mak, adik beradik, ipar duai, anak2 buah yang sentiasa berada dibelakang ku, yang sentiasa memberi dorongan, nasihat, pendapat dan beberapa tapisan - tapisan. dan juga pelbagai sumbangan yang disumbangkan.. =) Terima Kasih!

Tidak dilupakan pada Mak yang, Pak Yang, Ayah Ngah, Mak Ngah dan Kak Sha sedara paling dekat.. yang sentiasa menolong, membantu..menyiapkan hiasan hantaran, masukkan biskut dalam botol, ikat reben..uruskan hal dewan, teman ulang alik ke Nilai 3.. Huhuhu.. Kenangan yang tak dapat dilupakan.. seronok dapat bersama.. Terima Kasih banyak2..kalian la sumber kekuatan kami.. =) Moga Allah memudahkan urusan dan memurahkan rezeki kalian..Amin!

Tidak dilupakan juga pada Pak Jang, Mak Jang, Mak Ngah.. yang datang awal pada majlis ku.. Pak Jang yang bersusah payah menyiapkan pelamin inai kecil..Terima Kasih Pak Jang.. Mak Ngah yang berusaha menyiapkan pecal disaat2 akhir sebelum majlis.. Terima Kasih kerana menyumbangkan tenaga.. Saya tau, masing2 sudah tak larat/ tak mampu..tapi hari tu semua kelihatan semangat dan bertenaga..Terima Kasih! *Nak nangis..

Begitu juga pada sepupu - sepupu ku yang menjadi orang kuat di sepanjang majlis..

FM : Abang Naman, Abang Zizie, Abang Badul
Penyambut Tetamu dalam : Kak Ila & Kak Ina
Emcee : Emy & Shira
Audio System : Hafiz
Doorgift: Norly
Kompang: Abang Keri & Abg Kamil

Dan sepupu sepupu yang lain yang menyumbangkan tenaga pada ketika itu..

Terima Kasih banyak2!

Tak kisahlah sumbang tenaga ke tak..Janji dengan kehadiran kalian, dan doa kalian pun sudah cukup bermakna buat diriku.. hehehe..

Mohon maaf di pinta sekiranya terdapat kekurangan atau terlepas pandang disepanjang majlis.. Tiada yang sempurna melainkan Allah, saya hanya insan yang serba kekurangan dan banyak kelemahan.. Mohon kemaafan... Doakan kebahagiaan saya dunia dan akhirat..dan saya doakan kalian dipermudahkan segala urusan.. =) Amin