Dec 26, 2013

Muqadimah Pi Mai Pi Mai Tang Tu #Penang

Ngee =)
1st, nak ucap jutaan terima kasih & sayang pada cik Suami kerana membawa 'bubu Yot' berjalan2 ke utara.
Terima kasih kerana terbuka hati nak bercuti panjang kata nya.. ;p
Aku ingat nak jalan2 area KL. Siap suggest g Midvalley je. Boleh?
Nasib baik tak terlepas peluang tu...
Cik Suami kata nak travel jauh jauh dan dok hotel..
Yuhuuu rasa nak melompat lompat kegirangan mendengar hajat cik Suami..

Pada mula nya nak jalan2 ke Johor je..
cik Suami nak gi Legoland?
Hehe.
Aku ok je. Janji dpt jalan2. Bukan kesah pun.
Setelah survey berbagai2. cik Suami kata rugi g Legoland skang ni.
Takkan nak suh aku yang tengah memboyot ni naik roller coaster plak..
Dah bayar mahai2 tapi aku dok  tercongok je tak main apa2..
So, aku kata "xpela bang tunggu anak ada nanti, kita pi Legoland"

Ok plan ke Legoland - Cancel.
Aku survey hotel hotel area Johor Bahru..
Hajat di hati nak nampak Singapore dari bilik..
Tapi harga bilik tak setimpal dengan keadaan bilik..
Aku rungsing.
Tetbe Opismate aku suggest pi Penang.
Hurmmm..
Macam menarik!
Tapi tak jauh ke?
Opismate aku kate, lebih kurang jauh nya ngan Johor Bahru..

Maka
Aku pun suggest kat cik Suami, cik Suami setuju!
Memandang kan Bubu Yot ni tak penah sampai Penang..
Tak penah lalu Jambatan Penang
Tak penah naik Feri..
Dan teringin sangat nak rasa perjalanan jauh dari KL ke Penang  bersama insan tersayang..
Kirenya Bonding Time laa tu..
Gunakan sepenuh masa sepanjang perjalanan tu bergurau senda, teman cik suami sampai Penang..Penang ke KL..
Tak tido tido ok!
Ngee! =)























*************


Disebalik keseronokkan tu ada sekelumit rasa risau di sudut hati..
Al maklum lah. Kandungan sudah 7 bulan ++.
Orang kata, perut dah besar..dah hujung2 ni dok umah je..
Hurm. Aku tawakal. Fikir yang positif.
Lakukan sedikit pembacaan tentang tips perjalanan jauh bagi ibu ibu mengandung..
Dan setiap hari cakap kat baby..
"Behave ye baby. Kita nak jalan jauh ni."


Ada beberapa yang tips yg ingin ku kongsikan untuk ibu ibu mengandung yang ingin berjalan jauh..

1)  Rehat yang cukup. Bagi aku, tidur yang cukup, packing barang awal2 supaya tak terkejar kejar dan tak kelam kelibut. Sebab ibu ngandung ni cepat penat jika keadaan kelam kelibut. Lagi lagi perut membesar. Rasa sempuuut.

2) Jangan mulakan perjalanan dengan perut kosong. Kalau boleh, makan dulu. Kalau tidak, dengan baby baby sekali memberontak. Maka, tak perlu terlalu rush. Rileks, kite makan makan dulu.

3) Letak bantal extra tebal nya di tempat duduk sebagai penyerap hentakan. Haaa gitu ayat aku. Hihi.

4) Nasihat utk pembawa kereta, jangan bawak laju laju. Hentakan yang terlalu banyak akan menyebabkan si baby tidak selesa. Dan mengakibatkan perut si ibu mengeras je. Sian si ibu..

5) Si ibu pula, rajin rajin kan diri meng'excercise'kan pergelangan kaki di dalam kete. Contoh seperti di bawah.


















6) Kemudian, rajin rajin berhenti di R& R, si ibu perlu berjalan jalan untuk membantu pengaliran darah di kaki..Walaupun si suami, berhenti untuk ke tandas, si ibu xmo malas malas, sila berjalan jalan sikit di luar..buat regangan katanya.. =)

7) Last sekali, selamat bercuti! Hihihi =)


Dec 4, 2013

Ini Hari






















5 Disember =)

Syukur pada Allah kerana di beri kesempatan untuk bernafas dengan baik hingga ke hari ini..
Syukur pada Allah kerana di beri kesempatan untuk menikmati kebahagiaan pengantin baru..  hikhik
Syukur pada Allah kerana di beri kesempatan untuk menjana pahala untuk hidup bersama suami tercinta..
Syukur pada Allah kerana di beri kesempatan untuk menikmati proses menjadi ibu..
Syukur pada Allah kerana di beri kesempatan merasai sendiri kebesaran Allah, dengan kejadian manusia lain dlm perut ku..

Syukur untuk segala gala nya..
Syukur Ya Allah..