Penggunaan lidah (pertuturan) yang ditegah ialah:
• berdusta, sama ada secara sungguh-sungguhan atau pun main-main (gurauan),
• berjanji untuk tidak ditunaikan (berdusta untuk menipu).
Rasulullah saw bersabda: "Ada tiga perkara yang sesiapa terlibat dengan salah satu daripadanya, maka dia adalah munafiq, walaupun dia mengamalkan puasa dan sembahyang, iaitu, apabila bercakap dia berdusta, apa berjanji dia mungkir dan apabila diamanahkan dia khianati"
• mengumpat, memfitnahkan orang, menghasut atau menjadi batu api, mencerca, memaki-hamun dan sebagainya).
Rasulullah saw bersabda: "Jauhilah kamu daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih jahat daripada berzina. Penzina, apabila bertaubat, mungkin diampuni Allah, tetapi pengumpat tidak diampuni oleh Allah sehingga dia diampuni oleh orang yang diumpatnya".
• mencacatkan cakap orang dan membenarkan cakap sendiri (mirak) serta berbantahan (jidal).
Rasulullah saw bersabda: "Tidak sempurna iman seorang hamba Allah sehingga dia meninggalkan tindakan mencacatkan cakap orang dan berbantahan, walaupun dia benar".
• memuji diri.
Allah Taala berfirman: "Maka jangan kamu mengatakan diri kamu suci (memuji diri). Dia (Allah) maha mengetahui tentang orang yang bertaqwa". (al-Najm : 32)
• mengutuk dan memaki makhluk.
• mendoakan kejahatan (keburukan) untuk manusia, walau manusia itu zalim.
• mengeluarkan kata-kata kotor, kesat, lucah, lucu, sindiran dan gurau-senda dengan tujuan menghina dan memalukan seseorang.
Menurut Imam al-Ghazali, semua tindakan lisan yang tersebut di atas adalah dikategorikan sebagai "kata-kata haram". Di samping itu, banyak menuturkan "kata-kata harus" yang tidak berfaedah (perbualan yang sia-sia) ditegah juga. Kerana, apabila banyak berbicara, berborak umpamanya, selalunya lidah tergelincir lalu menuturkan kata-kata yang haram itu. Kalau tidak demikian pun, banyak berkata-kata itu sekurang-kurangnya merugikan masa. Mengikut ulama, panjang cakap akan memanjangkan hisab di akhirat kelak.
Malik bin Dinar bermadah, "Apabila engkau dapati rasa degil bersarang di hatimu, terasa daif beribadat dan sukar mendapat razeki, maka ketahuilah, semuanya itu disebabkan oleh ucapan lidahmu mengenai perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu".
Sumber : Halaqah.net
Sangat terkena pada batang hidung sendiri.. =(
Moga post ini dapat meng'improve'kan diri ke arah lebih baik..
Showing posts with label Hadith. Show all posts
Showing posts with label Hadith. Show all posts
Aug 9, 2011
Aug 7, 2011
Wasiat Luqman al-Hakim
Ingatilah dua perkara dan lupakanlah dua perkara : Ingatlah Allah dan Mati. Lupakanlah kebaikan kamu kepada manusia dan kejahatan manusia kepada kamu. (Rawa'i al-Hikam : Wasiat 73-83)
Apr 21, 2011
Daripada Abi Umamah, daripada Nabi SAW bahawasanya Baginda bersabda: Apa yang memberi manfaat kepada seorang mukmin selepas taqwa kepada Allah adalah kebaikan yang diperolehi daripada isteri solehah.. Jika suami menyuruhnya dia mentaatinya.. Jika suami melihat kepadanya dia menggembirakannya.. Jika suami meminta untuk bersama dia mematuhinya.. Jika suami tiada dia menjaga maruah dirinya dan menjaga harta suaminya..
Sebelum nak jadi isteri solehah, train dulu jadi anak yg solehah..
Konsep nya sama je..
Sebelum kahwin, syurga dibawah telapak kaki ibu..
Dah kawin, syurga dibawah telapak kaki suami..
Kaaan?
Sebelum nak jadi isteri solehah, train dulu jadi anak yg solehah..
Konsep nya sama je..
Sebelum kahwin, syurga dibawah telapak kaki ibu..
Dah kawin, syurga dibawah telapak kaki suami..
Kaaan?
Apr 8, 2011
Hadith Hari Ini
Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda: Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan orang lain."
Apr 7, 2011
Hadith Hari Ini
Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Abu Az Zinad dari al-A'raj dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Jauhilah oleh kalian buruk sangka, sebab buruk sangka adalah sejelek-jelek perkataan. Jangan saling mencari tahu (aib orang lain) dan jangan saling mengata." - [Riwayat Abu Daud:4271]
* Boleh ke? Hurmm..renung2kan dan selamat beramal cik Shida..
* Boleh ke? Hurmm..renung2kan dan selamat beramal cik Shida..
Subscribe to:
Posts (Atom)




