Apr 18, 2013

Hukum Potong Kuku & Rambut ketika Haid

















Aku terbaca sepotong hadith, berkaitan dengan haid.
(sedang usaha dapatkan balik buku tu, lupa baca buku mana)

Dalam hadith tu menceritakan tentang,
Seorang sahabat bertanya pada Rasulullah,
Apakah yang boleh di lakukan semasa haid?
Rasulullah menjawab,
Lakukan apa saja yang kamu ingin lakukan kecuali bersetubuh. (yang aku ingat, kalau aku jumpa hadithnya, aku akan kongsikan)

Mengikut pemahaman aku daripada hadith tersebut..
Dibolehkan untuk potong kuku, potong berbagai2 dan sewaktu dengannya ketika haid kecuali bersetubuh.
Baru baru ini timbul sedikit keraguan..
Apabila ada orang mengatakan bahawa potong kuku dan rambut tidak dibenarkan ketika haid,
Tapi jika terdesak, lepas potong kena simpan kuku tu dan basuh masa mandi wajib..
Dan aku menyampaikan tentang hadith di atas..
Orang itu seolah tidak begitu terima apa yang aku sampaikan..

Tak lama kemudian..
Aku mula risau kot kalo aku yang tersalah baca..
Al maklumlah ni soal hukum hakam..

Maka aku buat sesi pencarian mendapatkan pengesahan..
Dan aku jumpa sumber yang boleh di percayai..
Iaitu Ustaz Zaharuddin
Sila rujuk link ini : http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/102-hukum-memotong-kuku-semasa-haidapr-2006-3.html

Menurut dari link Ustaz Zaharuddin, Rasulullah penah bersabda bahawasanya,
"Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) sama ada hidup ataupun mati."

Dan tiada dalil yang sahih menunjukkan tak boleh potong kuku, potong rambut ketika.

Dan sumber lain, iaitu Ustaz Azhar Idrus..
Mengatakan benda yang sama..

Jom tengok :

 http://www.youtube.com/watch?v=SKg9sVYtHYY

Dapat pengesahan, rasa lega sikit.. =)
Cuma nak kongsi dengan readers sebab nya..
Aku percaya, masih ramai lagi yang tidak pasti dengan hukum potong kuku ketika haid. (Seperti saye!)
Di harap dengan penjelasan di atas, serba sedikit dapat memberi panduan pada kaum hawa di luar sana.


Waallahu'alam.

Apr 11, 2013

Nak Tahu Tak?

















*credit pic: ohMedia

Apr 1, 2013

Bila orang pompuan bergado

1st
Aku nak gelak..
hehe.
ok cukup gelak itu!

Hurm, orang pompuan kan.
Hurmm kali kedua..
Orang pompuan.
Hurmmm kali ketiga..

Begini

Aku ade follow blog blogger yang agak dikenali ramai..
dulu mereka rajin update blog pasal kawin - kawin..
Sampai la mereka mereka ini sudah beranak pinak..
Masih lagi rajin ber'blogging'..
Tahniah!

Hari ni, terasa ingin merehat kan mata dari memfokuskan diri wat kije..
Aku baca blog mereka..
Memasing update entri menyentaap je..
Aku pun ape lagi..
Mula kan investigation..

Yup!
Mereka sedang berperang.
Aku tak tau punca.

Tapi bile mengikuti setiap entri mereka.
Kesimpulan yg aku boleh buat.
Hurmmm .. *sambil garu kepala.

Sebab?

1. Benda kicik punya hal.
2. Kenyataan yg dikuarkan adalah emosional. Bukan rasional.
3. Penyakit org melayu. - PHD


Bagi aku.

Kalau kita layan orang gila, kita akan jadi gila.

Maka,
Agak - agak ada yang nak sgt 'kacau' keteguhan, kesabaran kita.
Langkah pertama yang kita perlu ambil, adalah ;

1. Diam secara berhemah. - Tak perlu melawan. Wat serangan blog n serangan komen mengomen Tak rugi pun kalau kita mengalah. Kalau boleh diam sampai org itu penat dan dia akan diam gak.

2. Rendahkan ego diri. - Bab ni, kne kuat semangat. Bak pepatah melayu. Biar org wat kite, tapi kita jgn buat kat orang. Banyakkan bersabar.

3. Jangan ungkit. - Maafkan je orang2 itu. Kita masih tak rugi apa apa.

 Ok? ;)

Tak baik gaduh2 ni. Allah tak suka.
Gaduh manja2 takpe.
Eh?

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya;

"Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjang silaturrahim."

Riwayat al-Bukhari.