Apr 18, 2013

Hukum Potong Kuku & Rambut ketika Haid

















Aku terbaca sepotong hadith, berkaitan dengan haid.
(sedang usaha dapatkan balik buku tu, lupa baca buku mana)

Dalam hadith tu menceritakan tentang,
Seorang sahabat bertanya pada Rasulullah,
Apakah yang boleh di lakukan semasa haid?
Rasulullah menjawab,
Lakukan apa saja yang kamu ingin lakukan kecuali bersetubuh. (yang aku ingat, kalau aku jumpa hadithnya, aku akan kongsikan)

Mengikut pemahaman aku daripada hadith tersebut..
Dibolehkan untuk potong kuku, potong berbagai2 dan sewaktu dengannya ketika haid kecuali bersetubuh.
Baru baru ini timbul sedikit keraguan..
Apabila ada orang mengatakan bahawa potong kuku dan rambut tidak dibenarkan ketika haid,
Tapi jika terdesak, lepas potong kena simpan kuku tu dan basuh masa mandi wajib..
Dan aku menyampaikan tentang hadith di atas..
Orang itu seolah tidak begitu terima apa yang aku sampaikan..

Tak lama kemudian..
Aku mula risau kot kalo aku yang tersalah baca..
Al maklumlah ni soal hukum hakam..

Maka aku buat sesi pencarian mendapatkan pengesahan..
Dan aku jumpa sumber yang boleh di percayai..
Iaitu Ustaz Zaharuddin
Sila rujuk link ini : http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/102-hukum-memotong-kuku-semasa-haidapr-2006-3.html

Menurut dari link Ustaz Zaharuddin, Rasulullah penah bersabda bahawasanya,
"Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) sama ada hidup ataupun mati."

Dan tiada dalil yang sahih menunjukkan tak boleh potong kuku, potong rambut ketika.

Dan sumber lain, iaitu Ustaz Azhar Idrus..
Mengatakan benda yang sama..

Jom tengok :

 http://www.youtube.com/watch?v=SKg9sVYtHYY

Dapat pengesahan, rasa lega sikit.. =)
Cuma nak kongsi dengan readers sebab nya..
Aku percaya, masih ramai lagi yang tidak pasti dengan hukum potong kuku ketika haid. (Seperti saye!)
Di harap dengan penjelasan di atas, serba sedikit dapat memberi panduan pada kaum hawa di luar sana.


Waallahu'alam.

No comments:

Post a Comment