Apr 14, 2011
Hamba Seks
Lee Sun Duk merupakan orang pertama yang membuat pengakuan terbuka mengenai salahlaku askar Jepun terhadap gadis -gadis Korea, dimana mereka di jadikan hamba seks semasa jajahan Jepun di Korea. Pengakuan itu dibuat agar kerajaan Jepun memberi pampasan dan minta maaf secara terbuka kepada mangsa2 yang masih hidup. Tapi malang nya kerajaan Jepun tidak mengakui kesalahan tersebut. Bagi mereka kegiatan itu tidak terdapat dalam buku sejarah mereka. Huh..
Sumber adalah dari channel History, aku tak bape ingat tajuk dokumentari ni..Kiranya History merungkai segala rahsia disebalik sejarah ni. Ada temubual dengan bekas2 askar Jepun, dimana dorg sendiri menceritakan memang wujud kegiataan hamba seks pada ketika itu. Dan dorg sendiri menyesal dengan apa dorg penah lakukan, dan berharap kerajaan Jepun minta maaf secara terbuka dan memberi pampasan kepada mangsa2.
Menurut bekas askar Jepun tersebut, kegiataan memperkosa gadis sangat meluas di Korea, sehingga wujud satu virus akibat seks rambang. Oleh itu, orang atasan Jepun mengarahkan supaya menubuhkan satu pusat khidmat pelacuran di kem. Setiap perkhidmatan akan dikenakan caj. Tapi duit2 tu Jepun yang kaut, bukan utk hamba2 seks tu. Kesemua bekas askar Jepun yg ditemubual tu penah datang ke pusat tu untuk mendapatkan perkhimatan seks, rata - rata penah pergi dalam 2-10 kali..(ntah-ntah lebih..) Dorg kata, selain perang, hiburan diorang adalah pergi ke pusat itu.
Menurut mangsa hamba seks pulak, keluarga diberi notis oleh Jepun bahawa memerlukan anak2 perempuan utk dijadikan askar atau pekerja buruh. Tapi tak sangka tujuan utama anak2 gadis dikumpulkan utk dijadikan hamba seks. Menurutnya lagi, sehari die terpaksa layan 10-20 askar..ada seorang tu terpaksa layan 50 ORANG ASKAR JEPUN SEHARI..(Haiyooo..mati! Tak dapat bayangkan!) Setiap minggu diaorang akan diperiksa oleh Doktor utk memastikan dorang tak dijangkiti oleh sebarang penyakit kelamin. Siapa yang ada jangkitan, org itu akan di berhentikan kerja.
*Tapi yg ni macam ngan org Amerika je..erk!
Masa letusan nuklear di Hiroshima, askar Jepun undur..dan mangsa2 dibenarkan pulang ke kampung. Bayangkan mangsa2 tak cerita apa2 pun pasal kejadian hamba seks kat famili dorg. Dorang trauma sangat. Sehingga kan dengan suami sendiri pun, dorg tak cerita..Hurmm..sedih! Sehingga la Lee Sun Duk membuat pengakuan terbuka, baru la ramai yang tampil untuk bersuara.
Pada tahun... (aku tak pasti..tapi lepas jepun kalah..) Jepun dan Korea menandatangani perjanjian untuk berdamai..dan macam mane Jepun boleh lepas pasal kegiatan hamba seks ni, aku kurang pasti.
Sehingga kini, Jepun masih belum buat apa yg dinginkan oleh mangsa. Kalo korang tengok sendiri dokumentari ni, korang mesti nangis (ke aku yg kuat cenggeng..?) Di mata dorang penuh dengan penderitaan, dendam, dan kebenciaan tehadap askar Jepun...
Eh, aku menceritakan balik ape yg aku tengok Histrory. Sekadar utk berkongsi. Maaf sekiranya terdapat tersalah maklumat ke ape ke..Kalo ade yg salah, just bgtau.. =) Sharing is caring kan.. Kalo nak tau lebihh lanjut lagi, korang boleh buat research pasal benda ni. Ataupun tgk kat History. Aku ni baru paham sejarah bila tgk cenel History tu..kalo bace buku je, aku mmg tak kan paham.. =)
Adios!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment