May 31, 2011

Antara kawan dan sahabat..?

Cop..cop..
Nak ulas sedikit dan bg pendapat tentang SAHABAT,KAWAN sebelum aku berangkat ke Cyberjaya.. =)

Hurm..
Sahabat..?
Kawan..?

Terdapat Firman Allah swt yang bermaksud :
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)


Allah ciptakan manusia pelbagai jenis manusia dari segi rupa, bentuk, perangai dan lain - lain untuk kita sama -sama kenal dan buat baik antara satu sama lain. Tiada manusia pun yang boleh hidup keseorangan. 


Seperti yang kita biasa dengar pepatah melayu.. Kawan biar seribu, berkasih biar sorang. Secara logiknya, orang dulu suh kita2 ni setia pada yang satu, dan jangan disebabkan pasangan kita, kita dah tak berkawan ngan orang lain. Parah benar bunyinya. Pape pun tindakan mestilah sejajar dengan akal yang waras..ceh ceh..(ayat motivator). Walaubagaimanapun..bukan kuantiti yang utama, yang paling penting adalah seberapa ramai kawan kita yang berkualiti ... 


Sila semak ciri -ciri kawan - kawan anda yang boleh dijadikan sahabat :


Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya;
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”


1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.



Jangan pula disebabkan ciri2 diatas, kita tak nak kawan dgn org yang bukan seperti diatas..Biar kawan seribu ataupun berjuta - juta lemon sekalipun, tapi cari sahabat biar yang berkualiti.. Sila baik dengan semua orang, jangan sampai pula menghina dan memandang rendah pada orang lain.


Sila rujuk hadith di bawah:
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)


Pemilihan sahabat sangat penting dalam kehidupan kita. Kerana secara tidak langsung sahabat akan membentuk keperibadian dan hala tuju hidup kita. Oleh itu, berusaha lah mencari sahabat yang baik, membantu kita dalam mengapai kejayaan dan membuatkan kita semakin dekat dengan Allah. 


Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”(Hadis riwayat Muslim)


Waallahua'alam.. =)














No comments:

Post a Comment