Aug 25, 2011

Eksperimen II

Tarikh : 25 Ogos 2011
Bahan Uji : Si Nawal
Masa mula di uji : 8.30 malam

Bahan uji disajikan dengan tayangan A di Youtube..

Keputusan : Bahan uji fokus melihat tayangan tersebut dan mengerak gerakkan badannya.

***

Tarikh : 25 Ogos 2011
Bahan Uji : Si Nawal juge
Masa mula di uji : 8.45malam

Bahan uji disajikan dengan tayangan yg B di Youtube..

Keputusan : Bahan uji menggeliat sbb nak melepaskan diri dan meroyan..


* Selepas tayangan B habis, bahan uji disajikan lagi sekali dengan tayangan A, bahan uji tetbe diam dan tengok sehingga habis tayangan A tersebut.

* Untuk makluman,
Tayangan A ; Maher Zain - Insya Allah
Tayangan B ; Justin Bieber - (Ape ntah lagu nya, yg ada baby oh baby tu..)

Hipotesis : Nawal suka tengok Maher Zain berbanding Justin Bieber

Kesimpulan/ Rumusan :
Erm..rumit nak buat ayat utk kesimpulan ini..kene skema..tapi aku tak mampu..Cenggini lah, dalam kehidupan kita terdedah dengan perkara +ve dan -ve.. Kita tak sedar..Contoh :
Jika banyak mkn manisan, lemak yg banyak, dalam tak sedar ia memberi input/ aura yg -ve pada diri kita. Kita akan rasa malas, tak bermotivasi, negatif thinking..Sebaliknya jika si pengamal makanan yang sihat dan rajin bersenam hidupnya lebih bermotivasi dan berkeyakinan serta kehidupan yang teratur.

Berbalik pada eksperimen yang di buat..
Lagu Maher Zain yang berunsurkan nasihat dan ketuhanan, mengeluarkan aura +ve dan si bahan uji boleh fokus dan menghayati lagu tersebut..
Manakala lagu Justin Bieber yang agak ke'lagha'an, terdapat aura -ve yang tmenyebabkan si bahan uji gelisah dan tak nak tengok video tu lagi..

Maka, cuba anda bayangkan jika hidup anda dipenuhi dengan lagu2 yang me'lagha'kan, ia serba sedikit akan wat hidup anda gelisah, tak tenteram...Cuba la untuk dengar  lagu yg +ve, al-Quran dalam satu hari..Anda akan rasa kelainannya.

=)


*Si bahan uji pakai sendiri telekung nenek...

No comments:

Post a Comment