Mar 27, 2013

Sebelum dan Selepas

Sebelum : Belum kahwin
Selepas : Dah kahwin

Sebelum : Jalan sorang - sorang
Selepas : Di mana - mana jalan dua dua

Sebelum : Sebelum g kerja, salam tangan mak je
Selepas : Sebelum g kerja, salam tangan suami n mak

Sebelum : G mane mane ikut kepala sendiri
Selepas : G mane mane ikut kepala suami

 Sebelum : Senduk nasi untuk diri sendiri
Selepas : Senduk nasi untuk suami, barulah diri sendiri

Sebelum : Tak makan malam pun
Selepas : Kena teman suami makan malam bersama - sama

Sebelum : Masak sekali dalam seminggu
Selepas : Tiap tiap hari masak

Sebelum : Kurus sikit
Selepas : Macam dah kembang semacam je (stress!)

Sebelum : Banyak habiskan masa tengok TV
Selepas : Nak pegang remote TV pun tak sempat

Sebelum : Melekat dengan handfon
Selepas : Handfon pun tak tau letak mane
Sebelum : ber Facebooking sesuka hati
Selepas : Baru nak pegang HP je, tetiba " Haaaa..asik fesbuk! Sebuk hal org je"

Kesimpulan; Kehidupan selepas berkahwin ni sangat lah berbeza. Dari malas kena jadi rajin. Kena urus kan hal rumah tangga. Masa dah kawin la baru perasan "ada rumah dan ada tangga". Hehe

" Di antara tanda - tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri -isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang. " - Surah Ar Rum ayat 21








No comments:

Post a Comment