Sep 16, 2013

Paling seronok

Sepanjang majlis perkahwinan ku..
Perkara paling seronok yang rasa nak melompat lompat tu adalah....
Apabila selesai nya majlis di belah pihak ku!

Yuhuuuu!

Selepas dari itu..
Dah tak perlu pikir pikir..
Tak perlu pening pening duit cukup ke idok..
Dah tak perlu berhadapan dengan perasaan ' harapan musnah' kerana yang dihajati itu mahal yang amat..tak cukup bajet..
Boleh tidur dengan tenang..
Bangun dari tidur tanpa memikirkan 'apa yang tak setel lagi??'...
Weekend dah tak perlu ke Nilai 3..Hehehe..

Best!! sangat best!!

Walaupun begitu.. aku memanjat rasa keyukuran...Alhamdulillah..
Majlis berjalan dengan lancar..
=)
Syukur pada mu Ya Allah!
Semua kerana Mu...
Maha Perancang..

















Meskipun begitu..
Ini adalah permulaan bagi perjalanan kami...
Doa kan kami berjaya til jannah...

No comments:

Post a Comment